By BudakTitas_2017
Ulasan tentang Hikayat
Nujum Pak Belalang
Nujum Pak Belalang
Di dalam "Hikayat Pak Belalang" terdiri atas
beberapa episod sehingga konflik dan kemuncak dalam jalan cerita terjadi
berulang-ulang dalam setiap episod. Jalan cerita setiap episod seperti sudah
terpola. Pada awal cerita, pengarang menjelaskan permasalahan, iaitu kemiskinan
keluarga si Belalang. Ketika bermain-main di istana dan melihat kemewahan
keluarga raja, si Belalang mendapat idea untuk mengatasi kemiskinan yang
dihadapi keluarga mereka. Ia mencuri pakaian gundik raja, kemudian
menyembunyikannya di dalam hutan. Ia juga memberitahukan kepada teman-temannya
bahawa ayahnya dapat meramal. Ketika pakaian gundik raja belum ditemukan, raja
memanggil Pak Belalang untuk meramalnya. Tentu sahaja dengan berpura-pura
menjadi ahli nujum, Pak Belalang dapat menemukan baju-baju itu. Pak Belalang
mendapat hadiah daripada raja dan keberhasilannya itu dimanfaatkan oleh si
Belalang untuk mencuri lagi jika keluarganya sudah tidak mempunyai wang. Hal
itu dilakukannya berkali-kali.
Dengan sebutan ahli nujum, keluarga Pak Belalang dapat hidup
mewah dari sebelumnya. Sampai di sini jalan cerita semakin melonjak sehingga
pada saat raja mendapat tetamu seorang saudagar yang kehilangan tujuh peti
hartanya. Jalan cerita mulai menegang dan perumitan dalam cerita itu terjadi
ketika Pak Belalang tidak dapat menemukan pencuri barang saudagar itu kerana
bukan perbuatan si Belalang. Ia putus asa dan merasa nyawanya terancam sehingga
ia bergumam di atas meja makan. "Hai nafsu, makanlah benda yang sedap-sedap
ini, sementara kepalamu belum bercerai dengan badanmu!" Pak Belalang
berkali-kali menyumpah-nyumpah kerana berputus asa belum menemukan pencuri
ketujuh peti saudagar itu. Namun, tanpa disedari Pak Belalang, ketujuh orang
pencuri yang dipimpin oleh si Nafsu itu sedang berteduh di bawah rumahnya
kerana hujan lebat. Si Nafsu dan anak buahnya ketakutan mendengar sumpahan Pak
Belalang kerana tilikannya telah terkenal. Mereka segera menyerahkan diri
kepada Pak Belalang dan memohon untuk tidak dihukum mati. Sampai di sini, jalan
cerita mulai menurun menuju peleraian dan berakhir ketika Pak Belalang membawa
ketujuh pencuri dengan barang curiannya dan meminta ampun bagi pihak mereka.
Episod berikutnya ialah ketika datang nakhoda kapal yang
hendak bertaruh dengan raja tentang dua pertanyaan yang harus dijawab oleh
raja. Raja meminta Pak Belalang untuk mencari jawapannya. Oleh kerana takut
akan ancaman raja jika tidak dapat menjawab teka-teki itu, Pak Belalang
berputus asa dan merasa ajalnya pasti akan sampai. Ia membunuh diri dengan
terjun ke dalam sungai, yang merupakan puncak kerumitan. Namun, ketika Pak
Belalang hanyut ia tersangkut di tali kemudi kapal nakhoda dan mendengar
percakapan di atas kapal sehingga ia mengetahui jawapan teka-teki nakhoda. Di
sini jalan cerita mulai menurun sampai pada peleraian ketika Pak Belalang di
istana dapat menjawab teka-teki nakhoda itu dengan benar.
Proses memperoleh jawapan teka-teki itu juga merupakan suatu
cubaan bagi Pak Belalang. Urutan peristiwa yang menegangkan sebelum Pak
Belalang mendapat jawapan teka-teki itu merupakan proses penegangan jalan yang
mencapai klimaksnya dalam seluruh episod ini sehinggakan Pak Belalang nyaris
membunuh diri, rupanya Tuhan masih memberikan pertolongan pada malam itu
sehingga Pak Belalang tersangkut pada tali kemudi kapal nakhoda. Pada saat itu,
ia mendengar percakapan dua orang anak kapal tentang teka-teki yang menjadi
permasalahan. Akhirnya, ia mendapat jawapan teka-teki itu yang merupakan
peleraian dan jalan cerita pun tiba pada penutup episod itu.
Episod terakhir ialah ketika raja hendak menghilangkan
keraguannya mengenai keahlian Pak Belalang sebagai ahli nujum. Raja menyuruh
pembantunya mencari seekor belalang dan menyuruh Pak Belalang menghadap ke
istana. Sampai di sini,jalan cerita menjadi semakin rumit dan mencapai kemuncak
ketika Pak Belalang melihat raja memegang sebilah pedang dan berkata dengan
garang, "Hai Pak Belalang, benda apa yang terdapat dalam tanganku! Kalau
engkau tidak dapat meneka akan ku penggal kepalamu!" Mendengar pertanyaan
dan sikap raja itu, Pak Belalang panik dan putus asa. Ia berfikir tidak dapat
lagi berjumpa dengan anaknya si Belalangkerana raja pasti kan memenggal
lehernya. Oleh kerana itu, Pak Belalang bergumam, "Wah,
Belalang...Belalang..."
Mendengar gumam Pak Belalang, raja terkejut dan mengira
ucapan "belalang" yang disebutkannya adalah binatang yang berada
dalam genggaman tangannya. Padahal, Pak Belalang - kerana kepanikannya -
menyebut nama anaknya. Raja keliru menafsirksn kata belalang yang diucapkan Pak
Belalang. Raja memuji kepandaian Pak Belalang sambil membuka tangannya yang
memang mengenggam seekor belalang. Akhirnya, Pak Belalang dan keluarganya
selamat dan mendapat anugerah raja yang menjamin kesejahteraannya sampai akhir
hayatnya. Pak Belalang dan keluarganya tidak lagi harus bersusah payah mencari
makan dan mereka hidup berbahagia.
Tokoh Dalam Cerita Hikayat Nujum Pak Belalang
- Tokoh Belalang :
- Seorang yang cerdik dan penuh akal.
- Sifat belalang yang selalu cinta dan menghargai orang tuanya mengakibatkan ia berusaha keras membantu orang tuanya.
- Anaknya berusaha keras mencari pekerjaan bagi ayahnya.
- Tokoh Pak Belalang :
- Pak Belalang seorang ayah yang baik dan sayang kepada anaknya.
- Ia hidup miskin di pinggiran sebuah hutan.
- Anaknya yang cerdik tidak mahu menerima nasib miskin seperti itu.
- Tokoh Raja :
- Raja bersifat arif dan pemurah. Jika hatinya berkenan dan puas menerima pelayanan dari rakyatnya.
- Raja menjadi murka apabila kecewa dengan rakyatnya.
- Raja selalu mengancam akan memenggal leher sesiapapun yang dianggap keliru dalam menjalankan tugasnya.
Tajuk buku
- Struktur Karya dan Nilai Budaya (Dalam Hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang, Hikayat AbuNawas, dan Hikayat Mahsyud Hak)
![]() |
Pengarang
- Nikmah Sunardjo
- Sulistiati
- Amir Mahmud
Sumber Rujukan
- Perpustakaan Universiti Malaya
Ulasan terhadap Filem P.Ramlee Nujum
Pak Belalang
Filem P.Ramlee Nujum Pak Belalang (Teka-Teki)
Filem
dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang (Bad Latiff),
seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah
untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil
Pak Belalang (P.Ramlee),
yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam.
Apabila orang bertandang ke rumah iaitu Cik Kadok (M. Zain)
dan Cik Kacong (M. Rafiee), di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu
dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan (Aziz Sattar) dan Nyawa (S. Shamsuddin), yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, Buntal (H.M. Busra) dan Jambul (Ali Fiji), dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
Pak
Belalang yang telah berpakat dengan anaknya, Belalang (Bad Latif) lalu mengambil "geluk
jampi" yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air
itu kemudiannya ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka
tidak nampak, diugutnya bahawa mereka adalah anak diluar nikah. Pak Belalang
berpura-pura nampak bayangan di dalam air tersebut tetapi tidak tahu dimana
kedudukan lembu & kambing itu. Mujurlah Belalang yang mengetahui kedudukan
lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung
akan kebolehan Pak Belalang.
Pak Belalang Ahli Nujum Negara
Pada
suatu malam, Badan dan Nyawa telah menggunakan ilmu pukau untuk menidurkan
seluruh warga Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk
satu peti syiling
emas, rantai
kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon)
dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah (Ahmad Nisfu).
Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan kemudian Penghulu (Malek Sutan
Muda) menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai nujum. Pak
Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta
tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan
apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak
Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Pak
Belalang dan memenjarakan Penghulu.
Pak
Belalang pulang dan melarikan diri dan atas cadangan Belalang bersembunyi di
dalam sebuah gua di Bukit Tunggal. Secara kebetulan, beliau terdengar Badan dan
Nyawa mengira-gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai
"penunggu gua" dan menyuruh mereka meninggalkan harta tersebut supaya
tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap Sultan untuk menggantikan
Pak Belalang yang tiada di rumah. Sultan bertanyakan khabar tentang harta
istana kepada Belalang. Belalang membuat helah bahawa bapanya telah ke
"Gunung Cinerama" yang terletak di negara Jepun. Sultan terlihat
bekalan yang dipegang Belalang dan menuduh Belalang menipu, sama seperti
ayahnya. Belalang membuat dalih bahawa bekalan itu adalah untuk 'jin lapar'.
Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan mahu menghukum
Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan memberitahu kedudukan harta istana itu
yang disembunyikan oleh 'jin miskin' (helahnya). Pak Belalang memberitahu,
untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk
memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri (Sa'amah),
Perdana Menteri (Kemat Hassan) dan Puteri. Mereka juga perlu
masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka
dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
Sultan sangat gembira dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang dan
melantik beliau sebagai Ahli Nujum Negara.
Cabaran Ahli Nujum Negara
Ketika
Sultan dan para penghulu Beringin Rendang sedang membincangkan masalah kerajaan
dan rakyat, Inang (Habsah Buang) telah meluru masuk ke balai
penghadapan dalam keadaan menangis teresak-esak dan mengatakan Puteri Si Bujur
Sirih (Hashimah Yon)
telah rebah tidak sedarkan diri. Baginda Sultan Shahrul Nizam memerintahkan
agar Nujum Pak Belalang dipanggil untuk memeriksa keadaan tuan puteri yang
jatuh gering. Ketika Pak Belalang tiba di kamar peraduan puteri, beliau
mendapati bahawa tuan puteri berpura-pura pengsan. Sebagai helah untuk
mengetahui hal sebenar daripada tuan puteri itu, Pak Belalang mengatakan bahawa
puteri telah dijangkiti penyakit "angau" dan pemeriksaan harus
dilakukan oleh Pak Belalang seorang diri bersama puteri di dalam bilik tanpa
orang lain.
Setelah
semua orang keluar, Puteri Si Bujur Sirih bangun dan mengatakan dia ingin
berjumpa dengan Pak Belalang di Taman Istana pada jam 11 malam. Memandangkan
perkara tersebut berbahaya untuk dilakukan Pak Belalang, beliau mencari akal
dan memberitahu Sultan bahawa cara untuk puteri berubat adalah dengan
membiarkan puteri keluar ke taman pada malam itu berseorangan tanpa dikawal
oleh pengawal juga. Maka, itulah peluang Pak Belalang untuk berjumpa puteri
tanpa diketahui sesiapa (walaupun semua ini adalah rancangan Inang pada
asalnya). Keesokan harinya, puteri berkata bahawa dia sudah sembuh setelah
"berubat" pada malam itu.
Setelah
lega dengan keadaan tuan puteri, Sultan kembali ke Istana Besar untuk
menyambungkan perbincangan dengan penghulu yang tergendala hari sebelumnya.
Ketika dalam perbincangan, mereka terdengar berdas-das tembakan meriam.
Kemudian dikhabarkan bahawa kapal dari Masai telah tiba. Sultan ragu-ragu dengan
kedatangan mereka dan mengatakan sediakan bala tentera. Sekiranya rombongan
dari Masai ingin berperang, mereka akan diserang oleh tentera Beringin Rendang.
Sekiranya mereka datang dengan aman, kedatangan mereka akan dialu-alukan.
Pertaruhan Dua Sultan
Mereka
melihat rombangan Sultan Masai (Shariff Dol)
adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu bala tentera pun yang dibawanya. Hal
itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai kekuatan tentera untuk
menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk bertanding
kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.
Sultan
Masai pun mengutarakan pandangannya untuk beradu akal antara kedua-dua ahli
nujum negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan
Shahrul Nizam berfikir sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada
Pak Belalang yang sebenarnya tiada kepintaran akal. Setelah menanda tangani
perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai pun mengajukan soalan:
- "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkalnya?"
- "Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?"
- "Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?"
- "Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?"
Setelah
mendengar dan melihat sendiri keadaan di istana, Pak Belalang gerun kerana
sultan sanggup mempertaruhkan negara kerana meletakkan kepercayaan penuh kepada
beliau yang sebenarnya tidak mengetahui apa-apa. Dia pulang dan menyuruh
Belalang mencari perahu untuk melarikan diri sementara dia mengemas barang
keperluan. Di kuala, Belalang cuba mengambil perahu Sultan Masai tetapi ketika
ingin menolak perahu itu, rombongan Sultan Masai tiba. Belalang memasuki perahu
itu dan bersemunyi di bawah tempat duduk dan belayar bersama rombongan itu
untuk pulang ke kapal baginda Masai. Dalam perjalanan, Sultan Masai memujuk
ahli nujumnya untuk memberitahu jawapan teka-teki dan walaupun baginda melarang
semua anak kapal yang mendengarnya dari turun ke darat, semua jawapan itu telah
didengar oleh Belalang. Belalang berenang pulang dan memberitahu bapanya semua
jawapan yang didengarnya.
Pada
hari yang ditetapkan, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan
Belalang dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:
- "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkalnya?"
Pak
Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan meletakkannya ke dalam
air dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam.
Pak Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu
tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang
pangkal".
- Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?
Pak
Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina yang baru menetas dan
dibiarkan kedua-duanya berenang di permukaan air. Didapati seekor itik berenang
di hadapan dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang mengatakan yang
di hadapan itik betina dan yang di belakang itulah itik jantan. Alasan yang
diberikan adalah "lumrah dunia" kerana si jantan akan mengekori yang
betina.
- Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?
Pak
Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak, ertinya, orang
yang kahwin satu, banyak di dalam dunia ini. Dua, sikit-sikit, ertinya,
orang yang kahwin dua lebih sikit bilangannya dari orang yang kahwin satu.
Tiga, jarang-jarang, ertinya, orang yang kahwin tiga 'jarang yang kita
dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin empat kadang-kadang
baru kita dengar sekali.
- Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?
Pak
Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di
keris atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Ta
kerana huruf Ta yang menguatkan nama Tuah, Ta
- Wau - Alif - Ha :
Tuah, ﺗﻮﺍﻩ." Jika ditukar Ta itu kepada Ba,
bunyinya akan jadi 'Buah'.
Tuah Pak Belalang
Dengan
negara Beringin Rendang beroleh kemenangan, Sultan Masai tidak berpuas hati
kerana mengesyaki ahli nujumnya (Udo Omar)
berpakat dengan pihak Beringin Rendang untuk menjatuhkan baginda. Baginda lalu
mengajukan satu lagi persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju tetapi Sultan
Shahrul Nizam memujuk untuk menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai
mengeluarkan sesuatu dari uncang ke dalam genggamannya dan menyuruh Pak
Belalang meneka apakah itu. Pak Belalang mengetahuui bahawa dia tidak dapat
menjawabnya lalu merintih dan merungut sambil memanggil nama
"Belalang" dan menyalahkan anaknya yang berdegil untuk berlawan.
Sultan Masai yang mendengarnya terduduk. Sultan Shahrul Nizam bertanya sebab
dan baginda menjawab bahawa jawapan Pak Belalang itu betul kerana yang
digenggamnya adalah seekor belalang. Maka, dengan itu, Beringin Rendang beroleh
kemenangan mutlak dan negara Masai jatuh ke tangan Beringin Rendang.
Disebabkan
tiada negara, Sultan Masai menetap di atas kapalnya. Suatu hari, Badan dan
Nyawa datang mengadap Sultan (kononnya mereka abang ipar Sultan) dan
mengutarakan cadangan untuk memperoleh semula negara baginda. Mereka berdua
akan menculik Tuan Puteri Si Bujur Sirih dan menyembunyikannya. Kemudian
dicadangkan apabila Sultan mengumumkan baginda akan memperkenankan apa sahaja
permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu, Sultan Masai akan muncul
dan memulangkan puteri lalu miminta untuk dikembalikan negara serta mengahwini
puteri itu.
Mereka
kemudian bersembunyi di Gua Bukit Tunggal sementara Badan dan Nyawa menculik
puteri. Setelah itu, seperti yang dijangka, Sultan Shahrul Nizam mengumumkan
yang baginda memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan
puteri itu. Mujur, Perdana Menteri sempat mengingatkan Sultan bahawa mereka
sudah mempunyai Ahli Nujum Negara. Lalu, Pak Belalang dipanggil mengadap Sultan
dan dipaksa untuk 'meramalkan' sehingga jumpa tempat puteri disembunyikan atau
dia akan dihukum pancung. Semangkuk air disediakan dan seperti biasa, Pak
Belalang tidak tahu apa hendak buat dan berlakon seolah-olah berjampi.
Tiba-tiba, secara ajaib, muncul dari dalam air bayangan puteri yang diikat oleh
Sultan Masai, penculik Badan dan Nyawa serta pengikut baginda. Ketika Sultan
menanyakan tempat persembunyian itu, Pak Belalang telah hilang.
Mereka
semua menuju ke Gua Bukit Tunggal dan menumpaskan kumpulan itu. Penculik Badan
dan Nyawa dijatuhkan hukuman pancung manakala Sultan dan pengikutnya dihukum
penjara seumur hidup. Pak Belalang yang berpelukan dengan Puteri Si Bujur Sirih
dilihat oleh Sultan lalu baginda 'menghukum' mereka untuk berkahwin. Sebelum
tamat, muncul Belalang mengatakan dia akan tidur situ kerana dirungutnya
bapanya tak mahu memperbesarkan rumah dan dia tiada tempat tidur (mengetahui
dia akan mendapat 'ibu baru').
Pelakon
- P. Ramlee sebagai Pak Belalang
- Bad Latiff sebagai Belalang
- Hashimah Yon sebagai Tuan Puteri Si Bujur Sireh
- Ahmad Nisfu sebagai Sultan Shahrul Nizam
- Aziz Sattar sebagai Badan
- S. Shamsuddin sebagai Nyawa
- Sa'amah sebagai Permaisuri
- Shariff Dol sebagai Sultan Negeri Masai
- Kemat Hassan sebagai Perdana Menteri Negeri Beringin Rendang
- Udo Omar sebagai Ahli Nujum Negeri Masai
- M. Babjan sebagai Perdana Menteri Negeri Masai
- Malek Sutan Muda sebagai Penghulu
- Habsah Buang sebagai Inang
- M. Rafiee sebagai Cik Kacong
- M. Zain sebagai Cik Kadok
- H.M. Busra sebagai Buntal
- Ali Fiji sebagai Jambul
- Rahmah Rahmat sebagai Ketua Penari Ketipang Payung
·
Perbandingan
Hikayat
Nujum Pak Belalang
|
Filem
P.Ramlee Nujum Pak Belalang
|
Di dalam
hikayat ini, Pak Belalang mempunyai seorang isteri.
|
Di dalam
filem arahan P.Ramlee Pak Belalang telah kematian isteri dan telah lama hidup menduda.
|
Dalam permulaan cerita, Si Belalang sedang bermain-main.Manakala, Pak Belalang dan isterinya sedang bekerja.
|
Permulaan cerita ini mengisahkan tentang si
Belalang merupakan seorang anak yang rajin bekerja mencari wang. Manakala. Pak Belalang seorang bapa yang malas bekerja
|
| Pak Belalang bergumam seorang diri di meja makan "Hai nafsu, makanlah benda yang sedap-sedap ini, sementara kepalamu belum bercerai dengan badanmu!" Pak Belalang berkali-kali menyumpah-nyumpah kerana berputus asa belum menemukan pencuri ketujuh peti saudagar itu. Namun, tanpa disedari Pak Belalang, ketujuh orang pencuri yang dipimpin oleh si Nafsu itu sedang berteduh di bawah rumahnya kerana hujan lebat. Si Nafsu dan anak buahnya ketakutan mendengar sumpahan Pak Belalang kerana tilikannya telah terkenal. Mereka segera menyerahkan diri kepada Pak Belalang dan memohon untuk tidak dihukum mati. |
Pak Belalang bersembunyi di gua Bukit Tunggal dan menyebut
perkataan "Nyawa dan Badan" Sedangkan Beliau merintih nasibnya
sendiri yang akan kehilangan nyawa dan badan.Keluhan ini menyebabkan
"Badan dan Nyawa" menyangkakan Penunggu Gua telah mengetahui angkara
rompakan mereka.Akibat daripada kebetulan itu, Pak Belalang telah berjaya
mendapatkan harta raja dan dianugerahkan sebagai ahli nujum negara
|
|
Raja hendak
menghilangkan keraguannya terhadap kepandaian Pak Nujum dalam menilik, maka
Raja menyuruh Pak Belalang meneka apakah yang berada di dalam genggaman
tangannya dengan suara yang garang dan mengacu sebilah pedang kepadanya. Jika
Pak Belalang tidak dapat menjawabnya maka lehernya akan dipenggal.
|
Sultan Masai tidak berpuas hati
kerana mengesyaki ahli nujumnya (Udo Omar)
berpakat dengan pihak Beringin Rendang untuk menjatuhkan baginda. Baginda lalu
mengajukan satu lagi persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju tetapi Sultan Shahrul Nizam memujuk untuk menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai mengeluarkan sesuatu dari uncang ke dalam genggamannya dan menyuruh Pak Belalang meneka apakah itu. Pak Belalang mengetahui bahawa dia tidak dapat menjawabnya lalu merintih dan merungut sambil memanggil nama "Belalang" dan menyalahkan anaknya yang berdegil untuk berlawan. Sultan Masai yang mendengarnya terduduk. |
Ahli Yang Terlibat :
- Fatin Faihaa Binti Ab Razak
- Nur Izyan Nasuha Binti Romeli
- Nur Jalillah Binti Johari
- Nur Najihah Binti Kamatolzaman
- Atiqah Binti Tajuddin







No comments:
Post a Comment